Thursday, August 28, 2008

Gigi 4

Parking kereta. Dekat seminggu mereka gelakkan gigi aku. Hari ini, aku nak senyum dan ketawa puas2. Aku nak tayang gigi baru aku ni.

Masuk pejabat. Seperti biasa sekumpulan wanita yang sedang bergosip depan bilik aku, senyum2. Dengan perasan handsome dan macho, aku berjalan gaya seorang model. Bukan menggayakan pakaian tapi menggayakan gigi. Bukan senyum tapi sengeh.

Aku pandang dan senyum pada setiap seorang dari mereka tapi bila terpandang Shikin, aku dah tak nampak yang lain. Lain benar dia hari ini. Wajahnya yang berseri... matanya yang bersinar... bibirnya yang menawan... "Adushhh......!". Aku rasa, aku dah jatuh......... terlanggar kerusi!.

Monday, August 25, 2008

Gigi 3

Parking kereta depan pejabat. Kawan2 dan staf dah tahu aku cabut gigi. Dah tentu kena perli. Aku buat keputusan untuk serius. Tak mahu senyum dan ketawa.

Masuk pejabat, sekumpulan wanita yang sedang bergosip di hadapan pintu bilik aku, senyum2. Kena lalu juga. "Abang Aziz buatlah gigi". Seperti biasa, hanya Shikin yang berani usik aku bila aku serius. Budak ni nak kena.

"Macam ni lah best, kalau gigit boleh selit kat celah". Harap dia diam, ada nada nak mengena. "Gigit apa?". Budak ni terlalu jujur nak tahu atau sengaja nak menduga keberanian aku menjawab?. "Gigit pu#@ng!", tepat dengan harapan dia terus diam malu.

Belum sempat aku masuk bilik, terdengar "Hi... Hi... Tak muat!". Betul, aku yang diam malu.

Friday, August 22, 2008

Gigi 2

Jam 9 pagi sampai kat klinik gigi. Orang pertama masuk bilik doktor. Duduk kerusi canggih, doktor belek2 gigi. "Kena cabut ni" katanya. "OK!". Aku jawab, terfikir senang nak buat gigi palsu. Doktor bagi 3 jab keliling gigi aku.

Kena tunggu kat luar 15 minit. Makin lama bibir rasa kebas membengkak walaupun sebenarnya tak bengkak pun. "Misi, kenapa doktor letak bola tenis kat mulut saya?". Cuba mengayat misi cute putih melepak pakai baju putih paras lutut. Misi cuma senyum dan aku faham dia dah biasa kena usik.

Masuk bilik, doktor ambil playar, kacip tunggul gigi aku. Goyang2, tarik. Serentak itu juga, "Waaa...chommm......!". Aku terbersin, menyembur tepat ke muka doktor. Tergamam pandang dia. Takut!. Dia pun pandang kat aku, senyum. "Dah biasa" katanya.

Tak dapat MC le ni.

Thursday, August 21, 2008

GiGi

Makan malam lauk kari ayam. Tulang pahanya besar, dalamnya ada sum-sum. Lama tak rasa sum-sum. Selalunya main buang aje sebab mewah lauk.

Gigit hujung tulang, `Prak...!' patah. Gigit pulak pangkal tulang, `Prak...Pruk'. Sedut-sedut tulang nak dapatkan sum-sum. Mmm... Sedapnya....!. Sebelum telan terasa macam ada serpihan tulang dalam mulut.

Keluarkan, "Alamak... gigi aku!.

Friday, August 15, 2008

NGV 2

Balik kerja. Tadi 3 meeting buat otak penat, badan letih. Singgah Petronas isi NGV. Masuk petak pam terperasan bangla pam melompat. Sorry, lupa nak tarik hand brake!. RM8.30 sen. OK, cukup untuk 4 hari pergi balik kerja kalau tak merayau tempat lain.

Apek drebar teksi kat sebelah senyum-senyum sambil hulur RM8.30. Apa ni, aku tak naik teksi dia, kalau aku naik pun aku yang kena bayar, bukan dia.

"Lu sudah bayar wa punya pam, lu punya pam sebelah sana!". Katanya sambil muncung mulut arah pam aku.

Hantu punya bangla, hulur duit main ambik je.

Thursday, August 14, 2008

Hantu

Terjaga dari tidur. Antara sedar dengan tidak. Mamai. Jenguk tingkap. Ah... gelap lagi. Sejuk. Cuba berpaling ke kiri cari `bantal peluk'. Tangan kanan tak boleh gerak. Kebas. Cuba berpaling ke kanan. Berat.

Terasa sesuatu dicelah kangkang!. Tak pernah macam ni, bukan ni, bahaya, hantu tindih!. "Ahh... Allahuakbar! Nauzubillah!". Angkat kaki sekuat hati. Bingkas bangun. Sesuatu tercampak dari kiri dan kanan. Yang dicelah kangkang terlambung. Suara nyaring bergema! "Eeeoowww.....wauuu!".

"Ya...Allah, kucing aku! Manja... Panjang... Brown...!"

Wednesday, August 13, 2008

Jangan Cabar

Aku tak terkejut bila Tun Dr M keluar dari UMNO. Aku tak terkejut bila Pak Lah umum peralihan kuasa. Aku tak terkejut bila DSAI nak bertanding di Permatang Pauh, tapi aku terkejut bila hanya 5,000 pelajar UiTM berarak dari kampus ke pejabat kerajaan selangor. Mana yang lain? Ini bukan soal politik, ini soal maruah dan hak. Pertahankan!

Mungkin roh semangat pelajar UiTM tidak seperti kami ketika bergelar pelajar ITM. Siswazah kelahiran ITM bukan hanya mengejar ilmu untuk mencapai impian sendiri tetapi ilmu untuk memartabatkan bangsa dan agama. Tanamkan!

Dah lama tak rasa pipi panas dek air mata. Semangat!

Monday, August 11, 2008

Tuan

Sampai ofis, terlekat nota kat monitor komputer bertulis `Telefon Yana no. 03-XXXXXXX. Urgent'. Siapa Yana? Dial aje lah.

Aku : Hello, boleh saya bercakap dengan err...err...Cik, eh..Puan Yana?

Yana : Agak-agak? Tu le, kalau perempuan belum kahwin kita panggil Cik, kalau dah kahwin kita panggil Puan. Tak macam lelaki, dah kahwin ke belum kahwin, tetap panggil Encik.

Aku : Ok le tu. Bila bercakap dengan Cik nadanya lain, kalau dengan Puan nadanya lain.

Yana : Ha..ah, kalau dengan Cik nadanya ngada-ngada, kalau dengan Puan straight forward je.

Aku : Cik lawannya Encik, Puan lawannya Tuan. Kalau nak panggil Tuan pun ok gak. Macam polis le pulak.

Yana : He...He.. Yang di sana tu Encik ke Tuan?

Aku : Maaf, soalan saya tadi di sana belum jawab.

Terdengar suara perempuan lain di hujung talian.

Suara lain : Yana, masuk sekejap!

Suara Yana : Baik Tuan! (Sambil berbisik) Boss saya panggil, nanti telefon balik ya.

Aku terdiam. Banyak persoalan dalam kepala. Compius!