Wednesday, July 30, 2008

Sontorian

Dari Ayer Hitam ke Parit Raja di Johor, terdapat sebuah kampung bernama Parit Sonto dengan hampir keseluruhan penduduknya terdiri dari orang jawa. Jawa pun jawa lah janji rock.

Suatu ketika dahulu, kampung ini menjadi masyhur melalui siri animasi Malaysia yang pertama bertajuk Usop Sontorian dengan watak utamanya Usop yang bergigi jongang. Jongang pun jonganglah, janji fofular. Memangpun.

Terima kasih kepada penduduk kampung yang telah membina tugu batu nama jalan dengan melukiskan watak Usop sebagai penyeri. Aku yang mengenali team di belakang tabir Usop Sontorian turut merasa bangga.

Malangnya atas nama pembangunan, tugu tersebut terpaksa dirobohkan bagi memberi laluan pembinaan lebuhraya. Tiada yang tinggal untuk dijadikan kenangan lebih-lebih lagi Usop dan kawan2nya pun dah pencen setelah tamat siri tersebut.

Aku rasa perlu juga diletakkan tugu peringatan supaya orangramai tahu inilah kampung yang menjadi asas siri animasi pertama Malaysia untuk dikenang selamanya.

Wednesday, July 23, 2008

You Complete Me

Complete!
Seorang agen ahli sukan ragbi mengahwini pembantunya kerana kesetiaan pembantunya yang sanggup mengikutnya berhenti kerja untuk mengejar impian yang kabur, hanya menyedari isterinya itu `complete'kan dirinya bila melihat ahli sukan ragbi menyambut kemenangan dan kegembiraan dengan menyebut isteri dan ahli-ahli keluarganya berulangkali tanpa segan-silu dikhalayak ramai.

Complete?
Seorang pemain bola yang tiba-tiba mencapai impian sebagai pemain bertaraf dunia dan kaya menduakan kekasihnya yang menyokong dan memberi semangat ketika susah, hanya menyedari kekasihnya itu `complete'kan dirinya bila permainannya semakin merosot sehingga hanya menjadi pemain simpanan.

Belum `complete'
Seorang lelaki kacak waris perniagaan bapanya yang bergelar Tan Sri terkejut apabila seorang wanita yang telah menerima bunga dan dibacakannya sajak serta disarungkan cincin hanya menyedari wanita itu belum dapat `complete'kan dirinya kerana menolak pinangannya hanya kerana wanita itu yang mempunyai kedai perancang perkahwinan takut lelaki itu lari ketika majlis pernikahan!

Aku? Masih mencari erti `complete'.

Monday, July 21, 2008

NGV

Aku gelak lagi dalam kereta lepas isi NGV. Mana taknya, RM8.90 untuk 4 hari berbanding RM50 petrol. `Keep the change', kata aku berlagak macam orang berduit kat bangla jaga pam tu sedangkan kalau semua orang buat macam aku, mungkin bangla tu lebih berduit berbanding aku?.

Saturday, July 19, 2008

Blog

Hari ni baru aku tau mcmana nak buat blog sendri. Senang aje, teringat kata adik usu aku. Ni pun tak tau jadi ke tak. Saje nak test.

Konsepnya, yang rilek dan yang santai aje. Apa saje cerita yang tak peningkan kepala baik sosial, ekonomi, politik (berat kot). Takpe, kita cerita dengan santai aje.

Suspen gak takut takde respon. Sape Aziz? Kenapa Scorpio? Nanti aku bagitau pelan-pelan. Nak tengok respon dulu.