Wednesday, July 23, 2008

You Complete Me

Complete!
Seorang agen ahli sukan ragbi mengahwini pembantunya kerana kesetiaan pembantunya yang sanggup mengikutnya berhenti kerja untuk mengejar impian yang kabur, hanya menyedari isterinya itu `complete'kan dirinya bila melihat ahli sukan ragbi menyambut kemenangan dan kegembiraan dengan menyebut isteri dan ahli-ahli keluarganya berulangkali tanpa segan-silu dikhalayak ramai.

Complete?
Seorang pemain bola yang tiba-tiba mencapai impian sebagai pemain bertaraf dunia dan kaya menduakan kekasihnya yang menyokong dan memberi semangat ketika susah, hanya menyedari kekasihnya itu `complete'kan dirinya bila permainannya semakin merosot sehingga hanya menjadi pemain simpanan.

Belum `complete'
Seorang lelaki kacak waris perniagaan bapanya yang bergelar Tan Sri terkejut apabila seorang wanita yang telah menerima bunga dan dibacakannya sajak serta disarungkan cincin hanya menyedari wanita itu belum dapat `complete'kan dirinya kerana menolak pinangannya hanya kerana wanita itu yang mempunyai kedai perancang perkahwinan takut lelaki itu lari ketika majlis pernikahan!

Aku? Masih mencari erti `complete'.

No comments: